KUCHING: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin Barisan Nasional (BN) tidak akan menghadapi laluan sukar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjong Datu yang dijadualkan pada 18 Februari ini.
Timbalan Perdana Menteri menegaskan keyakinan itu bersandarkan semangat Allahyarham Tan Sri Adenan Satem yang cukup utuh dalam kalangan penduduk di kawasan terbabit yang mana legasi itu akan diteruskan oleh balu beliau, Puan Sri Jamilah Anu.
"Pemilihan Puan Sri Jamilah (Anu) sangat tepat dalam meneruskan kesinambungan perkhidmatan arwah suaminya kepada rakyat di sana (Tanjong Datu).
"Kita mengharapkan kemenangan tanpa bertanding dalam PRK Tanjong Datu, namun sekiranya berlaku pertandingan sekali pun, kita yakin tidak menghadapi laluan sukar kerana sokongan rakyat di peringkat akar umbi, malah kita akan membantu beliau (Jamilah) berkempen," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Ramah Tahun Baharu Cina 2017 Bersama Timbalan Perdana Menteri, di sini hari ini. Hadir sama Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr James Jemut Masing; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri dan Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
Ahmad Zahid tiba di Kuching malam tadi bagi mengadakan lawatan kerja ke negeri ini. Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri mempunyai jadual padat sepanjang dua hari berada di Sarawak, termasuk merasmikan Masjid Al-Abyad, Taman Matang Jaya di Petra Jaya tengah hari ini sebelum menghadiri Majlis Ramah Tamah Tahun Baharu Cina Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) 2017 di Hotel Riverside Majestic, di sini.
Esok, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Pengerusi BN dijadual menyertai perarakan calon BN Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjong Datu di Dewan Masyarakat Lundu jam 9 pagi.
Beliau berkata sewajarnya peluang diberikan kepada balu Adenan untuk berkhidmat kepada rakyat, termasuk meneruskan agenda perjuangan arwah.
"Difahamkan, ada lapan borang (pencalonan) dibeli. Belilah, tidak mengapa tetapi tidak perlulah hantar. Berilah peluang kepada beliau (Jamilah), kita harap mesej ini sampai kepada pihak berkenaan.
"Terlalu besar jasa dan pengorbanan Tok Nan untuk negeri ini ketika hayatnya. Sewajarnya penghormatan diberikan terhadap sumbangan beliau," katanya.
Ahmad Zahid turut menghargai komitmen parti pembangkang, termasuk PAS, PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) yang secara rasmi mengumumkan tidak bertanding sebagai menghormati Tok Nan.
"Kita mungkin berbeza fahaman politik, tetapi kita bersatu dalam satu semangat 'Anak Sarawak'," katanya.

0 comments:
Post a Comment