Menu
#




KUCHING 3 Feb. - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengadakan kunjungan mesra sempena Tahun Baharu Cina di kediaman Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Prof. Datuk Dr. Sim Kui Hian di Kenyalang Park di sini, hari ini. 

Beliau yang diiringi Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua negeri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan tiba kira-kira pukul 9.20 pagi. 

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Dalam Negeri Kedua, Masir Kujat; Menteri Muda Ekonomi Luar Bandar (Kawasan Pedalaman) dan Perladangan, Francis Harden Hollis; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Ir. Lo Khere Chiang dan pemimpin-pemimpin masyarakat Cina. 

Ahmad Zahid meluangkan masa kira-kira setengah jam di kediaman Kui Hian yang juga Menteri Kerajaan Tempatan negeri sebelum bergerak menghadiri Majlis Ramah Tamah Tahun Baharu Cina 2017 bersama komuniti Cina di Hotel Imperial di sini.




0 comments:

Post a Comment

 
Top