DOHA: Prestasi kerja yang baik menyebabkan kerajaan Qatar memberi pengiktirafan dan memandang tinggi syarikat dari Malaysia.
Duta Besar Malaysia ke Qatar, Datuk Ahmad Jazri Mohd Johar, berkata ini berikutan pembabitan beberapa syarikat Malaysia dalam projek infrastruktur yang menjadi mercu tanda kepada negara teluk ini.
Katanya, antara projek berkenaan ialah bangunan Kementerian Dalam Negeri yang dibina oleh syarikat kejuruteraan dan pembinaan, Kumpulan WCT, yang telah siap dan diserahkan kepada kerajaan negara itu.
“Pembinaan bangunan itu yang rumit adalah antara mercu tanda di sini,” katanya di sini, hari ini.
Ahmad Jazri berkata, WCT juga melalui usaha sama dengan syarikat tempatan mendapat projek bernilai RM1.3 bilion untuk beberapa kerja pembinaan Bandar Lusail, di sini.
Katanya, antara kerja yang dijalankan adalah membina kawasan letak kenderaan bawah tanah, sistem penyejukan dan teknologi maklumat serta stesen transit aliran ringan (LRT).
“Kerja yang dianugerahkan kepada syarikat itu dijangka siap pada suku pertama tahun ini,” katanya.
Sebuah lagi syarikat yang berjaya di Qatar, katanya, adalah Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), melalui anak syarikat, Malaysia Airports Consultancy Services Middle East LLC yang menguruskan Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad, di sini.
Katanya, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang kini dalam lawatan kerja di sini, turut akan melawat projek yang dilaksanakan WCT dan MAHB.
Sementara itu, katanya sejak lebih lima tahun lalu, kedutaan di sini, telah membawa kira-kira 400 syarikat Malaysia melalui pelbagai kempen promosi perdagangan di negara ini.
Home
»
»Unlabelled
» Syarikat dari Malaysia mendapat pengiktirafan di Qatar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment