Menurut satu kenyataan Kementerian Luar, lawatan itu juga menyediakan peluang lebih bermakna bagi pemimpin kedua-dua negara membincangkan pelbagai isu kepentingan bersama terutama dalam soal kerjasama keselamatan.
Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, dijadual menghadap Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani dan membuat kunjungan ke atas Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Qatar, Sheikh Abdullah bin Nasser bin Khalifa Al-Thani.
Ahmad Zahid juga akan melawat Pusat Kawalan Negara dan projek komuniti yang dirancang di bandaraya Lusail, Doha, lapangan terbang antarabangsa Hamad dan bertemu diapsora Malaysia di Qatar.
0 comments:
Post a Comment