SERDANG: Malaysia mengingatkan pelancong China dan India tidak menyalahgunakan kemudahan pengecualian visa untuk bekerja di negara ini atau tindakan akan dikenakan terhadap mereka, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
“Kita takkan kompromi dari segi keselamatan kesejahteraan sosial Malaysia.
“Kita nak mereka datang berbelanja wang bagi perolehi dan nikmati produk pelancongan, bukan datang untuk bekerja lewat malam yang akhirnya mereka bawa duit keluar dari Malaysia ke negara asal.
“Kalau ini didapati, imigresen akan lakukan penguatkuasaan bersama PDRM (Polis Diraja Malaysia) terhadap pelancong tersebut,” katanya berucap pada Majlis Pelancaran Ekspo Pelancongan Persatuan Pelancongan Domestik Malaysia (MITA) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Mines, hari ini.
November lalu, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dilaporkan berkata, program pengecualian visa yang mula dilaksanakan kepada pelancong China pada Mac 2016 akan dilanjutkan sehingga Disember tahun ini.
Pada 5 Februari lalu, Zahid mengumumkan warganegara India yang menetap di negara lain turut menikmati kemudahan pengecualian visa apabila berkunjung ke Malaysia, selepas keputusan Kabinet mengecualikan visa kepada pelancong dari India sebelum ini.
Zahid yang juga menteri dalam negeri berkata, beliau akan membantu mendapatkan peruntukan supaya kursus pelbagai bahasa boleh dilaksanakan untuk pemandu pelancong tempatan.
“Kita terima pelancong pelbagai negara, terutama dari China dan India, juga pasaran baru di beberapa negara Eropah timur dan kursus bahasa harus dilakukan.
“Saya akan cari jalan supaya ada peruntukan akan disalurkan bagi menjalankan kursus ini. Kita tak nak pemandu pelancong terhad 1, 2 bahasa sahaja.
“Saya fikir dengan adanya galakan pelajari pelbagai bahasa dengan kumpulan sasaran, insya Allah dapat tarik lebih ramai lagi pelancong,” katanya.

0 comments:
Post a Comment