BAGAN DATUK: Datuk Seri Dr Diraja Dr. Ahmad Zahid Hamidi menziarahi kenalan rapatnya, Beh Song Wan, 54, pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina di Taman Desa Bersatu Hutan Melintang di sini. Sebaik selesai merasmikan Mesyuarat Agung Veteran UMNO Bagan Datuk di Bangunan UMNO Bagan Datuk di sini petang tadi, Timbalan Perdana Menteri kemudian meluangkan masa selama kira-kira setengah jam bertemu Song Wan di kediamannya. Beliau yang tiba kira-kira jam 5.30 petang disambut Song Wan dan ahli keluarganya. Song Wan yang sudah mengenali Ahmad Zahid selama hampir 26 tahun berkata, kehadiran Ahmas Zahid amat bermakna kerana sudah beberapa kali menziarahinya ketika sambutan Tahun Baharu Cina. "Beliau (Ahmad Zahid) sukakan hidangan ubi rebus, kari ikan bawal emas dan lontong serta beberapa makanan tradisi Jawa yang kami tempah apabila beliau datang menziarah. "Ini kali keempat beliau datang menziarahi rumah ketika Tahun Baharu Cina, biasanya sebelum ini beliau datang terus menziarah di kedai sahaja," katanya ketika ditemui di sini. Kira-kira 100 tetamu yang terdiri daripada jiran tetangga turut hadir memeriahkan majlis sambutan Tahun Baharu Cina berkenaan.
Home
»
»Unlabelled
» Zahid tidak melupakan sahabat lamanya walau telah bergelar Timbalan Perdana Menteri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment