Menu
#



BAGAN DATUK - Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang tidak membayar kembali wang pinjaman mereka tidak berhutang dengan kerajaan dan PTPTN sebaliknya dengan rakyat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, wang yang diberikan PTPTN kepada peminjam bagi menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi menggunakan wang rakyat yang dikutip melalui cukai rakyat.

"Kita tahu semua agama mewajibkan sesiapa sahaja yang berhutang untuk membayarnya kembali dan perlu kita ketahui bahawa wang yang dipinjam mereka adalah wang rakyat dan bukanlah kerajaan dan PTPTN.

"Ia adalah wang cukai yang dikutip daripada rakyat dan kemudiannya dimasukkan dalam khazanah wang negara melalui Kementerian Kewangan sebelum disalurkan kepada PTPTN sebagai wang pinjaman pendidikan tinggi," ucapnya ketika Majlis Pelancaran Geran Sepadan dan Program Jom Menabung Bersama Tabung Pendidikan, di Dewan Besar Sungai Sumun, Bagan Datuk, hari ini.

Menurut Zahid, kegagalan peminjam membayar semula wang pinjaman PTPTN adalah seperti mereka membelakangkan kepercayaan rakyat yang mahu mereka belajar dan membayar semula wang berkenaan sebaik-baiknya.




0 comments:

Post a Comment

 
Top