Menu
#



TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Kamala Shirin Lakhdhir di Kementerian Dalam Negeri.

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Kamala Shirin Lakhdhir di Kementerian Dalam Negeri di sini, hari ini.


Kunjungan Lakhdhir itu adalah pertemuan perkenalan sejak beliau dilantik ke jawatan itu pada Jun tahun lalu.

Pejabat Timbalan Perdana Menteri dalam kenyataan, berkata antara isu yang dibincangkan dalam pertemuan itu adalah inisiatif negara dalam menangani jenayah pemerdagangan orang menjelang penilaian tahunan Jabatan Negara AS mengenai jenayah itu yang bakal diumum pertengahan tahun ini.

“Selain itu, turut disentuh berhubung perkembangan negara untuk menyertai Program Pengecualian Visa AS, ancaman jenayah keselamatan dan keganasan di peringkat serantau dan global termasuk isu migrasi,” katanya.






0 comments:

Post a Comment

 
Top