Menu
#



Persidangan UMNO cawangan dan bahagian lebih awal tahun ini bukan petunjuk kepada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri, yang juga Presiden UMNO, berkata tiada yang luar biasa jika persidangan UMNO di peringkat cawangan dan bahagian dibuat lebih awal berbanding tahun sebelumnya.

Beliau berkata, penganjuran beberapa acara penting dalam negara seperti Sukan SEA serta sambutan perayaan Aidilfitri dijadual Jun depan menyebabkan persidangan itu diawalkan.

“Tahun ini adalah tahun biasa. Kita akan buat (PRU-14) pada waktu yang sesuai,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato’ Onn, di sini, hari ini.

Hadir sama, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein serta Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Terdahulu, Najib berkata, mesyuarat MT hari ini menetapkan persidangan tahunan cawangan akan bermula 17 Mac ini hingga 30 April depan, sementara bahagian pada 7 Julai hingga 26 Ogos.

Najib turut menyatakan UMNO akan mengadakan himpunan besar-besaran bersempena sambutan ulang tahun UMNO pada 11 Mei depan, dengan pelbagai program diadakan, termasuk karnival sukan dan sesi townhall.

Mengulas dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50), Najib berkata, program itu terbukti mendapat sambutan menggalakkan dan akan diadakan lebih banyak lagi membabitkan pelbagai pihak selepas ini.



ArjunabetaHnm




0 comments:

Post a Comment

 
Top