Menu
#




PUTRAJAYA, 9 Jan (Bernama) -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan mengadakan lawatan kerja enam hari ke China bermula esok dengan tumpuan memperkukuhkan hubungan dua hala dalam bidang keselamatan, usaha memerangi ancaman keganasan, jenayah rentas sempadan serta hal ehwal kepolisan dan kepenjaraan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Wisma Putra hari ini, lawatan kali kedua timbalan perdana menteri ke China sejak menyandang jawatan itu pada Julai 2015, adalah atas undangan Menteri Keselamatan Awam China Guo Shengkun.

Lawatan kerja Ahmad Zahid, yang diiringi isteri Datin Seri Hamidah Khamis dan pegawai-pegawai kanan kementerian berkaitan, akan melibatkan Beijing dan Kunming.






0 comments:

Post a Comment

 
Top