TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap pada Karnival Mahabbah Institusi Agama sempena Program Permukiman Daerah Bagan Datuk di Masjid Al-Falah, Bagan Datuk. |
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata Perdana Menteri telah mengarahkannya mengetuai pasukan untuk menjayakan dialog berkenaan dengan dibantu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan timbalannya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
"TN50 ada pelbagai bidang seperti pendidikan, teknologi, kreativiti dan inovasi. Saya, Datuk Seri Jamil Khir dan Datuk Asraf Wajdi diarah untuk buat bidang agama, khusus untuk ketengahkan agenda agama Islam," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada majlis Karnival Mahabbah Institusi-Institusi Agama Islam sempena Pemukiman Menteri Besar Perak Daerah Bagan Datoh di Masjid Al-Falah, Sungai Nipah Darat, di sini, hari ini.
Pada majlis itu, Timbalan Perdana Menteri turut melancarkan Sistem Pengurusan e-Guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain Online (e-Guru KAFA) peringkat negeri dan nasional.
Sistem yang dibangunkan bagi pengurusan KAFA Perak itu, beroperasi secara dalam talian, termasuk urusan cuti, elaun dan gaji guru KAFA
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.Ahmad Zahid, berkata, melalui jelajah dialog itu nanti kerajaan berharap mendapat pelbagai input daripada pelbagai pihak yang terbabit berkaitan Islam.
"Bila buat dialog TN50 bidang agama, kita akan panggil semua ulama lama dan baru, ulama muda, kita mahu tahu apa yang boleh kita rancang untuk 33 tahun akan datang," katanya.
0 comments:
Post a Comment