Menu
#



Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Allahyarham Kamarol Zaki Abdul Malik sebagai pemimpin yang banyak berjasa kepada pengundi dan penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Air Tawar.

Timbalan perdana menteri berkata anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar itu juga akan terus dikenang sebagai seorang individu yang baik dan disenangi segenap lapisan rakyat.

Walaupun Allahyarham sudah tiada, Ahmad Zahid berkata Barisan Nasional akan tetap memberikan perkhidmatan kepada penduduk di DUN Sungai Air Tawar.

"Saya kenal beliau (Kamarol Zaki) dan saya juga yakin arwah akan dikenang sebagai seorang yang berjasa kepada Parlimen Sabak Bernam khususnya di DUN Sungai Air Tawar dan Selangor amnya," katanya kepada pemberita.

Ahmad Zahid berkata demikian selepas menunaikan solat jenazah di Masjid Ar Rahmaniah Sungai Air Tawar di sini, petang tadi.

Kamarol Zaki, 58, ditemui tidak sedarkan diri di kediamannya kira-kira 8 pagi tadi sebelum disahkan meninggal dunia dan jenazah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Sungai Air Tawar pada 6.15 petang.




0 comments:

Post a Comment

 
Top