Menu
#



Kerajaan Malaysia akan memberikan latihan separa mahir kepada kira-kira 56,000 pemegang kad Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) masyarakat Islam Rohingya dalam bidang tertentu seperti tertakluk kepada perundangan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi berkata, usaha ini mampu membantu mereka mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik sekaligus membolehkan mereka menukar status liabiliti selama ini kepada tenaga kerja tambahan dan memohon Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) “Kita akan memperincikan pelaksanaan kemudahan kad berkenaan dan saya akan umumkannya dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat Menteri Luar Negeri Palestin, Dr. Riad Malki sempena Mesyuarat Tergempar Majlis Menteri-Menteri Luar Negeri Pertubuhan Kerajaaan Islam (OIC) di sini hari ini.

Sementara itu, mengulas lanjut mengenai kunjungan kehormat berkenaan, Zahid berkata, sebagai sebuah negara pengasas OIC, Malaysia sentiasa memainkan peranan aktif dalam pertubuhan OIC dalam menangani isu Palestin di peringkat antarabangsa.

Katanya, dalam mengurangkan penderitaan rakyat Palestin, Malaysia sentiasa membantu negara itu termasuk memberikan sumbangan kepada pertubuhan itu.

“Malaysia terus menyokong hak rakyat Palestin untuk menubuhkan sebuah negara bebas, dengan kewujudan negara Palestin dan Israel yang berjiran berdasarkan persempadanan sebelum tahun 1967, dengan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Palestin.

“Malaysia mengambil berat akan perkembangan situasi di Timur Tengah dan menggesa kesemua komuniti Islam untuk bersatu demi Ummah,” katanya.




0 comments:

Post a Comment

 
Top