Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Air Tawar, Kamarol Zaki Abdul Malek meninggal dunia pagi ini selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumahnya di Sungai Air Tawar.
Pegawai Khas Allahyarham, Mohamad Fariq Roslan ketika mengesahkan kematian itu berkata, arwah ditemukan tidak sedarkan diri kira-kira pukul 9 pagi ini selepas gagal dihubungi sejak awal pagi.
“Sepatutnya beliau menghadiri program Ziarah Kasih Sedetik Bersamamu di Kampung Sekendi pagi ini,”
Jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Ar Rahmaniah Sungai Air Tawar untuk solat jenazah dan dikebumikan selepas Asar.
YAB Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zahid Hamidi turut hadir menziarahi Allahyarham dan rakan taulan allahyarham.
Allahyarham, 59 tahun yang juga dikenali sebagai Cikgu Zaki adalah Timbalan Ketua Umno Sabak Bernam dan ketua Umno Cawangan Sungai Air Tawar.
Allahyarham turut menjawat kerusi exco Kementerian Perusahaan Perladangan & Komoditi (MPIC) Adun BN Selangor dan pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan Bernam Jaya (PPK).
Manakala Bernama melaporkan pemandunya Mohd Sufaat Salimin, kematian wakil rakyat itu disedari kira-kira pukul 8 pagi ini ketika beliau mahu mengambil Allahyarham untuk menghadiri satu program di Dun berkenaan hari ini.
Mohd Sufaat, menyedari Allahyarham tidak keluar dari kediamannya, beliau terpaksa bertindak memecahkan pintu dan menemukan Kamarol Zaki terbaring tidak sedarkan diri di ruang tamu kediamannya.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Supt Nor Azmi Isa ketika dihubungi mengesahkan kematian itu, namun tidak memberikan maklumat lanjut.
Pada pilihan raya umum lepas, Kamarol Zaki menewaskan calon Pas, Wahid Rais dengan majoriti 1,416 undi.

0 comments:
Post a Comment