Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) pertama di Negeri Terengganu telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato` Sri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini 23 April 2016.
Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan sentiasa berusaha mencari jalan supaya rakyat terus mendapat manfaat daripada Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) termasuk kemungkinan menghubungkannya dengan Pusat Transformasi Bandar (UTC) bagi meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar.
Tambah beliau, kerajaan akan terus melaksanakan transformasi kepada penduduk luar bandar untuk meningkatkan kemahiran, termasuk kepada mereka yang berhasrat membabitkan diri dengan agro-perniagaan, menjadi petani moden atau menjalankan perniagaan kecil-kecilan.
Beliau berkata RTC mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri, di mana harga jualan barangan yang berpatutan menyebabkan tiada langsung aduan oleh pembeli diterima pihak berkuasa dan ini selaras dengan tujuan sebenar penubuhan RTC.
Katanya, RTC Terenggani di Bukit Besi ini merupakan yang ke sepuluh ditubuhkan seluruh Negara dan mula beroperasi pada September 2014.
RTC diperkenalkan di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) tidak bermakna pembangunan prasarana di luar diketepikan dengan hanya membina pusat tersebut.
RTC Bandar Al-Muktafi Billah Shah yang teletak di bangunan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) ini menyediakan ruang niaga tetap dengan ditempatkan agensi kerajaan persekutuan dan negeri serta kios pameran, bengkel IKS serta pelbagai aktiviti dilakukan disini.
Turut hadir sama dalam Majlis Perasmian RTC Terengganu adalah Menteri Besar Terengganu, YAB Dato` Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Pendidikan Tinggi Dato’ Seri Idris Jusoh, Speaker Terengganu Dato’ Mohd Zubir Embong, Dato’ Din Adam Pegawai Pembangunan Pertanian Parlimen Dungun, exco-exco kerajaan negeri Terengganu dan adun-adun Barisan Nasional Terengganu.

0 comments:
Post a Comment