Menu
#



Wakil rakyat diingatkan supaya tidak bersikap `memilih bulu' dan mengutamakan saudara-mara dan rakan ketika berkhidmat, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, perbezaan politik antara parti kerajaan dan pembangkang perlu berakhir dalam pilihan raya.

"Sebaik selesai pilihan raya, kita (wakil rakyat) yang dipilih berilah bantuan kepada yang memerlukan dan yang layak," katanya pada sidang media selepas melancarkan Majlis Himpunan Padu Rakyat Dungun di Kampung Sura di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman; Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh; dan Timbalan Menteri Komunikasi dan multimedia, Datuk Jailani Johari Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, mengakui ada menerima rungutan daripada rakyat mengenai sikap segelintir wakil rakyat yang didakwa hanya mengutamakan dan saudara-mara.

"Mungkin itu berlaku di satu atau dua tempat hingga tersebar luas seolah-olah semua wakil rakyat bersikap begitu," katanya.

Beliau berkata, kerajaan menggunakan pendekatan merakyatkan perkhidmatan dan langkah itu diharap membuka minda masyarakat dalam menilai kesungguhan pemerintahan sedia ada membawa pelbagai kemudahan.

Himpunan Padu Rakyat Dungun mendapat sambutan yang baik dengan kehadiran 10 ribu orang dari seluruh Dungun.

Dalam himpunan ini satu aku janji telah diberikan dengan mengembalikan 3 dun dan 1 parlimen.

Antaranya dun Paka, Sura dan Rantau Abang serta parlimen Dungun yang akan dikembali kepada UMNO dan Barisan Nasional.

Selain itu Ketua UMNO Bahagian Dungun Dato’ Din Adam juga menyatakan akan memberi yang terbaik untuk mengembalikan penguasaan UMNO di bahagian itu.

Beliau berkata demikian dalam ucapan aluan dalam himpunan itu yang mana mendapat tepukkan gemuruh dari hadirin.

Menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu YAB Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman juga merangkap Menteri Besar Terengganu perpaduan dan solidariti yang ada hari ini boleh diterjemahkan untuk pilihan raya umum ke 14 nanti.

"Saya (Ahmad Razif) melihat perpaduan yang ada hari ini cukup menyakinkan dengan sokong yang tidak berbelah bahagi kepada UMNO,

"Pada PRU14 nanti.... InsyaAllah kita akan menawan balik 3 kerusi DUN dan 1 Parlimen di sini..'

"Kita berharap UMNO Dungun bekerja dengan lebih kuat lagi untuk menarik sokongan rakyat untuk memberi sokongan padu kepada UMNO keseluruhannya," katanya dalam ucapan Himpunan Padu Rakyat Dungun disini.




0 comments:

Post a Comment

 
Top