Polis percaya tidak ada hubungan antara bom buatan sendiri yang dijumpai di Damansara, Selangor hari ini dengan aktiviti pengganas, kata Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi.
"Berikutan kejadian itu, kita ingin menyatakan bahawa keadaan keselamatan negara masih terkawal sepenuhnya walaupun ada usaha pihak-pihak yang membuat bom buatan sendiri
"Pihak polis belum dapat menyiasat motif dan kumpulan berkenaan namun kita telah dapat menghidu beberapa kesimpulan yang pada pihak polis ia tiada kaitan dengan elemen Daesh atau Islamic State (IS).
"Ia adalah disebabkan oleh perbuatan individu tertentu," katanya dalam sidang media hari ini.
Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri memberi jaminan bahawa keselamatan negara adalah terkawal dan polis yang sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.
Polis hari ini menjumpai sekurang-kurangnya empat bom paip buatan sendiri di sebuah unit kondominium di Damansara Perdana selepas serbuan awal pagi.
Polis berkata, suspek yang dipercayai warga tempatan telah berjaya melepaskan diri.
Selain bom, polis juga menemui dadah jenis syabu dan pil ekstasi dalam unit kondominium berkenaan.

0 comments:
Post a Comment