Menu
#





Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini, meluangkan masa menziarah Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din, yang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Baca: Majlis Perundingan Islam: Kerajaan Pusat Lantik Haron Din Ketua Kluster Dakwah

Timbalan Perdana Menteri yang ditemani isterinya, Datin Seri Hamidah Khamis, meminta semua pihak mendoakan supaya Haron segera sembuh.

“Saya dan isteri menziarahi Tuan Guru Datuk Haron Din. Sama-samalah kita berdoa semoga beliau segera sembuh. Amin #AZH,” katanya menerusi akaun Twitter rasminya, @zahid_hamidi, sebentar tadi.


Selasa lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, turut mengambil kesempatan melawat Haron di IJN selepas pemimpin PAS itu dilaporkan mengalami sakit dada dan terpaksa menerima rawatan lanjut pada 24 Mac lalu.
WAIMA berbeza fahaman siasah, keterbukaan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menziarahi Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din yang sakit mendapat perhatian ramai netizen tempatan.

Apa yang cukup menyentuh perasaan, apabila salah satu daripada foto tersebut menunjukkan beliau kelihatan sebak sambil mengesat air mata ketika Haron cuba mahu menunjukkan senaskhah buku kepada Ahmad Zahid.



Naib Presiden UMNO dan kini menjalankan tugas Timbalan Presiden parti pada Februari lalu mengumumkan pelantikan Haron sebagai Ketua Kluster Dakwah di bawah Majlis Perundingan Islam yang dipengerusikannya.




0 comments:

Post a Comment

 
Top