Menu
#




DALAM kesibukan berkempen di Sibu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tidak lupa untuk mengimarah Rumah Allah dan menyantuni para jemaah.

Ahmad Zahid meluangkan masa untuk turut berjemaah solat Maghrib dan Isya’ bersama kira-kira 400 jemaah di kariah Masjid An-Nur, Sibu.

Beliau dan jemaah yang hadir juga turut mendengar tazkirah yang disampaikan oleh imam masjid berkenaan, Haji Latif Kopon.




Dalam tazkirahnya, Latif menyentuh mengenai kepentingan menyelidik terlebih dahulu kesahihan berita yang diterima sebelum mempercayainya. Ahmad Zahid juga meluangkan masa melihat keadaan masjid dan menjamu selera dengan penduduk setempat.

Turut hadir ialah Dr Annuar Rapa’ee selaku calon Barisan Nasional bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (N55) Nangka. Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri tiba ke Sibu pagi tadi untuk siri lawatan ringkas ke Sarawak bagi memantau perjalanan proses penamaan calon Pilihanraya Negeri Sarawak ke 11. 





0 comments:

Post a Comment

 
Top