Menu
#



Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah) menunjukkan bakat membuat ‘thosei’, sejenis makanan masyarakat India pada majlis jamuan teh sempena Hari Vaisakhi di Gurdwara Sahib Sentul, Khamis. Hadir sama Pengerusi Majlis Gudwaras Malaysia, Jagir Singh (dua kiri). – Foto BERNAMA
Kerajaan hari ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM400,000 bagi menaik taraf Gurdwara Sahib Sentul.

Baca: Jangan Sampai Rakyat Hilang Hormat – Zahid

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata menerusi peruntukan itu, ia dapat memberi lebih keselesaan kepada penganut agama Sikh untuk menjalankan aktiviti keagamaan di kuil itu.

“Oleh itu sebarang sumbangan yang diterima Gudwara ini pula boleh disalurkan kepada Gudwara lain dalam negara,” katanya dalam ucapan pada Majlis Jamuan Teh Sempena Perayaan Vaisakhi di Gurdwara Sahib Sentul, di sini hari ini.

Lebih 1,000 orang kaum Sikh hadir di kuil itu bagi menyambut kedatangan timbalan perdana menteri. – BERNAMA



Next
Newer Post
Previous
This is the last post.

0 comments:

Post a Comment

 
Top