Menu
#



Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bakal melakukan lawatan kerja ke daerah Dungun pada Sabtu (23hb April 2016) ini.

Dalam lawatan tersebut, Zahid dijangka akan tiba di Lapangan Terbang Kerteh pada pukul 9.00 pagi dan terus bertolak ke Dataran Tanah UMNO Bahagian Dungun bagi majlis Pecah Tanah UMNO Bahagian Dungun.

Selain itu, Zahid juga akan menyampaikan Penyerahan Kunci Rumah Mesra Rakyat kepada penerima di kawasan tersebut.

Pada pukul 3.00 petang, Zahid dan rombongan termasuk Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman akan tiba di Bandar Al-Muktafi Billah, Dungun bagi merasmikan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC).

Dijangkakan, lawatan TPM akan berakhir pada pukul 4.30 petang.




0 comments:

Post a Comment

 
Top