Menu
#



Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata,negara ASEAN kini menjadi perhatian strategik bagi kuasa-kuasa besar dan ini memerlukan kerjasama untuk mempertahankan keselamatan serantau.

Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri menyifatkan ASEAN perlu memainkan peranan proaktif sebagai pemancu kuasa utama dalam menghadapi situasi cabaran pada masa kini dan pada masa yang sama menyesuaikan dengan keselamatan yang dinamik dan sentiasa berubah.

“Saya pasti untuk kerjasama yang efektif dan erat seumpama ini amat penting untuk meningkatkan keupayaan dalam mengenal pasti dan menangani apa juga ancaman yang mungkin menjejaskan kestabilan dan keselamatan serantau”.
Malaysia sentiasa memperjuangkan kepentingan kerjasama pelbagai hala dan serantau serta rangkaian hubungan diplomatik,yang meliputi seluruh dunia dalam usaha kedepan dengan cabaran-cabaran keselamatan yang muncul,katanya semasa berucap dalam ucapan penutup Forum Putrajaya 2016.

Zahid Hamidi berkata,ASEAN telah diiktiraf sebagai platform dalam usaha mengekalkan keamanan dan kestabilan serantau dan mengadakan perbincangan dan kerjasama dengan kuasa serantau dan luar rantau secara konstruktif.

Menurut Zahid Hamidi,masih terdapat beberapa isu keselamatan seperti geopolitik yang masih merupakan cabaran terhadap usaha rantau untuk menjamin keamanan dan kestabilan berkekalan.

Sehubungan itu,ASEAN perlu menyesuaikan diri,menyemak semula dan meningkatkan kapasiti dan keupayaan seiring dengan perubahan masa.Kepentingan kawasan maritim di Asia Tenggara yang mempunyai beberapa laluan laut yang strategik dan penting termasuk Selat Melaka dan Laut China Selatan.




0 comments:

Post a Comment

 
Top