Kerajaan persekutuan hari ini berjanji untuk memberi lebih banyak peruntukan bagi membangunkan Sarawak jika BN pimpinan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem menang besar pada pilihan raya negeri akan datang.
“Atas kesinambungan kepimpinan Tun Taib Mahmud yang selama tempoh pimpinan beliau yang panjang, Tok Nan (Adenan) pun boleh lakukan sama baik walaupun tidak lebih baik.
“Tapi saya yakin oleh kerana hubungannya baik dengan Putrajaya, kerajaan pusat, dengan perdana menteri, malah saya sendiri, saya akan membantunya sedaya upaya dari segi peruntukan untuk terus membangunkan Sarawak kalau beliau dapat undi yang banyak,” kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Zahid membuat janji itu semasa berucap pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Masjid, Balingian, di Mukah, hari ini yang dihadiri lebih 500 orang.
Hadir sama adalah Ahli Parlimen Mukah, Datuk Seri Muhamad Leo Toyad dan calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi.
Zahid kemudiannya menyampaikan dana persekutuan RM600,000 untuk pembangunan kampung dan Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKKK) di 86 rumah panjang di Balingian.
Beliau juga berjanji untuk menangani masalah penduduk tempatan seperti menadaptkan bekalan air bersih, sistem perparitan yang lebih baik, pembinaan jalan raya dan sebuah sekolah menengah yang pernah dijanjikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada pilihan raya umum 2013.

0 comments:
Post a Comment