Timbalan Perdana Menteri berkenaan hadir bertemu penduduk sekitar dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat bersama-sama calon Barisan Nasional (BN) Tan Sri William Mawan.
Semasa ucapan aluan oleh Mawan, beliau bagi pihak penduduk Pakan akan berjanji mempertahankan BN di kawasan tersebut.
“Selaku wakil penduduk Pakan, saya akan pastikan misi dan visi YAB Perdana Menteri dan Ketua Menteri (Sarawak) akan terus dapat dilaksanakan di Pakan,” katanya ketika berucap di majlis berkenaan.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid berjanji bagi pihak kerajaan BN akan membantu rakyat di negeri Sarawak dengan lebih banyak jika Tan Sri Adenan Satem terus dipilih sebagai Ketua Menteri.
Ahmad Zahid juga mengumumkan peruntukan sebanyak RM200 ribu untuk membina gelanggang futsal di kawasan sekitar. Kira-kira 450 orang penduduk yang hadir menyambut baik pengumuman Ahmad Zahid berkenaan dan menganggap ia suatu perkara yang tepat untuk pembangunan belia sekitar.

0 comments:
Post a Comment