Menu
#




PAKAN: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan setiap calon langsung yang dinamakan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak, Tan Sri Adenan Satem sebagai suatu formula unik dalam berhadapan dengan pembangkang di negeri ini pada Pilihanraya Negeri Sarawak ke11 kali ini. 

Menurut Timbalan Perdana Menteri, calon langsung yang dipilih oleh beliau adalah merupakan calon yang pasti menang dan mereka yang terpilih sanggup meletak jawatan dalam parti mesra BN yang disertai kerana yakin hanya kerana akujanji BN yang terbaik pasti dapat membawa banyak kebaikan kepada rakyat. 

Formula unik Tok Nan harus difahami demi kesejahteraan negeri Sarawak dan dengan formula inilah kita dapat melihat bahawa semangat kesetiakawanan diantara Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dan calon-calon langsung BN amatlah kuat. 

Ini adalah kerana mereka ingin menyediakan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Sarawak. 

Sepanjang tempoh dua tahun Tok Nan menjadi Ketua Menteri Sarawak, sebanyak 53 transformasi serta perubahan yang begitu ketara telah jelas dilihat", katanya ketika berucap dalam majlis Pemimpin Prihatin di Rumah Panjang George Chungut,Nansang disini hari ini Dalam majlis tersebut, TPM telah mengumumkan peruntukkan sebanyak RM200ribu untuk membina padang futsal bagi kegunaan belia di sekitar kawasan Nangsan.




0 comments:

Post a Comment

 
Top