Beliau yang diiringi Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor Datuk Md Jais Sarday, meluangkan masa kira-kira 15 minit bertanya khabar kepada Ali.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri juga sempat berpesan kepada Tokoh Maal Hijrah 1435H Negeri Johor itu supaya menjaga kesihatannya dan supaya kerap membuat rawatan susulan.
Mohd Ali, 79, dimasukkan ke hospital pada 4 Jun lepas dijangka keluar hospital esok setelah keadaannya disahkan stabil oleh doktor.
Beliau berpengalaman luas dalam bidang politik termasuk pernah memegang jawatan Pengerusi Majlis Agama Islam Johor dari 1989 hingga 1990 selain menjadi Speaker DUN Johor dari 2004 hingga 2013.
0 comments:
Post a Comment