Menu
#




Sebanyak 1.4 juta saman trafik tahun lalu masih belum dijelaskan oleh pesalah jalan raya sehingga hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sejumlah 5.3 juta saman dikeluarkan tahun lalu tetapi hanya 3.9 juta dijelaskan.

“Ketua Polis Negara minta kebenaran saya untuk kutip 1.4 juta saman ini, ketuk pintu ke pintu tetapi saya kata nanti dulu.

“Bukan saya nak halang beliau, tetapi saya sedar rakyat sedang tertekan. Wang mahu digunakan untuk keperluan lain. Jadi, di sini kalau rakyat tidak mahu bayar, nak guna wang kepada keperluan lain, beri kerjasama. Jangan lakukan kesalahan jalan raya,” katanya.




0 comments:

Post a Comment

 
Top