KUALA LUMPUR: Acara Minggu Permotoran atau 'Bike Week' akan dijadikan acara tahunan dalam kalendar pelancongan Malaysia, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri ketika mengumumkan perkara itu mahu program seumpama itu di Malaysia diselaraskan bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan penunggang motosikal.
Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, bagi mengelakkan kekeliruan itu, beliau mahu acara minggu permotoran atau bike week itu diselaraskan dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.
"Saya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kabinet mengenai pelancongan di negara ini akan beritahu kepada Menterinya supaya masukkan (acara minggu permotoran) dalam kalendar tahunan pelancongan.
"Dengan ini akan membolehkan kita untuk turut membantu kementerian mempromosikan pelancongan dari luar di mana penunggang motosikal dari seluruh dunia boleh berada di Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sahur bersama lebih 600 penunggang motosikal berkuasa tinggi dari 66 kelab motosikal seluruh negara di Gobox Concept di sini, awal pagi ini.
Zahid turut melancarkan tabung insurans kebajikan Bikers United Club Malaysia (BUCM) dan menyampaikan sumbangan kepada Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia.
Mengulas lanjut, Zahid juga meminta masyarakat supaya tidak memandang rendah atau memperlekehkan golongan penunggang motosikal berkuasa tinggi.
"Jangan lihat 'bikers' dari segi pakaian atau motosikal mereka, itu tidak penting kerana itu adalah budaya. Tetapi fitrah dan cita rasa kita berbeza sama seperti orang lain, mungkin kita lebih baik daripada mereka. "Namun, sebagai bikers kita juga harus menjaga sahsiah atau personaliti, dari segi perlakuan," katanya.

Sumber Video BH Online -
https://youtu.be/jODZbOcuhZw
0 comments:
Post a Comment