Menu
#





Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menghadiri program penerapan nilai-nilai murni di Masjid Al-Mizan Kempas, Johor Bahru di sini petang ini.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri tiba kira-kira pukul 6.30 petang dan turut menyampaikan sumbangan kepada 30 orang anak yatim dan 70 asnaf.







Aktiviti sempena Program Penerapan Nilai-Nilai Murni peringkat Johor sebelum berbuka puasa, YAB Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Dato Seri Hishammuddin Hussein mengacau bubur lambuk serta mengagihkan kepada jemaah yang hadir.



Timbalan Perdana Menteri kemudian berbuka puasa bersama-sama orang ramai dan bersolat Maghrib berjemaah. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang juga Ahli Parlimen Pulai.












































































































































0 comments:

Post a Comment

 
Top