Menu
#



TPM M-Bike berjaya

JOHOR BAHRU - Pelaksanaan sistem M-Bike bukan sahaja berjaya mengurangkan kesesakan laluan motosikal di pintu masuk Malaysia-Singapura malah mengesan pelbagai kes kesalahan termasuk jenayah, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata bagi tempoh enam bulan pertama pelaksanaannya, sebanyak 7,420 kes melibatkan kesalahan senarai syak dan dokumen perjalanan tidak sah dikesan.

Daripada jumlah itu, katanya sebanyak 4,963 kes dikesan sewaktu pengguna melalui pintu masuk Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Bangunan Sultan Iskandar (BSI) manakala 2,547 kes dikesan ketika pengguna memasuki pintu masuk Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) Gelang Patah.

“Kesalahan tersebut melibatkan senarai syak dan dokumen tidak sah membabitkan kes berkaitan kegagalan pembayaran cukai pendapatan, pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), imigresen, insolvensi dan juga rekod jenayah,” katanya selepas mengadakan lawatan dan meninjau perlaksanaan sistem M-Bike di BSI, di sini sebentar tadi.

Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, perlaksanaan sistem itu yang mula dikuatkuasakan pada 20 Febuari lalu telah membantu meningkatkan kawalan keselamatan pintu masuk selatan negara secara kaedah automasi.





0 comments:

Post a Comment

 
Top