GANDINGAN UMARAK DAN ULAMAK PENTING PERPADUAN PEMANGKIN KEMAJUAN PERLIS.
Negeri Perlis Indera Kayangan menjadi destinasi ke 11, Program Penerapan Nilai - Nilai Murni di bulan Ramadhan dan Majlis berbuka puasa serta solat Maghrib bersama YAB Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri di Kementerian Dalam Negeri bertempat di Masjid Syed Putra Jamalulail.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri tiba kira-kira pukul 7 petang sebelum menghadiri majlis berbuka puasa bersama kira-kira 1,000 tetamu terdiri daripada warga dan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri.
Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.
Hadir sama Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed; Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
YAB Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan dalam ucapannya di Majlis Penerapan Nilai-nilai murni di Masjid Syed Putra Jamalulail " Koloborasi antara umarak dan ulamak penting bagi memastikan negara ditadbir urus dengan amanah ."
Tugas ulamak menasihati pemimpin supaya berlaku adil dengan peranan yang dimainkan. Kalau ada perbezaan pendapat perlu ditangani dengan musayawarah. Meraikan perbezaan itu boleh dilakukan selagi tiidak menyebabkan perpecahan dilangan umat.
Beliau juga mengingatkan pemimpin yang dipilih perlu menjalankan tanggungjawab membangunkan negeri dengan bijaksana dan mementingkan perpaduan dikalangan pemimpin dan pimpinannya.
Perlu ada kebersamaan di kalangan pemimpin dalam membuat keputusan kebersamaan mengatakan ya atau kebersamaan mengatakan tidak. Kesepekatan ini akan membawa kepada perpaduan yang akan mengukuhkan kepimpinan parti, negeri dan negara.
Antara 11 perkara penting yang ditegaskan oleh Zahid buat rakyat Perlis.
1 - Ramadan membentuk sifat kebersamaan
Pembaharuan perlu dibentuk oleh kita. Diri kita sendiri
2 - Kloborasi antara umarak dan ulamak. Taat pada Ulul Amri. Pemimpin perlu memikul amanah dengan orang yg dipimpin..
3 - Ulamak perlu menasihati umarak supaya berlaku adil. Jangan pinggirkan anak2 yg berbin kan Abdullah.
4 - Doa anak-anak yatim dan ibu tunggal tidak ada hijabnya.
5 - Kita berdambakan pemimpin diperlis ini akan mampu berkerjasamaa dan mempunyai kebersamaan.
6 - Boleh berbeda pendapat dan meraikan tetapi sekiranya menuebabkan berlaku perpecahan perlu dielakkan.
7 - Kesatuan pendapat menjadi landasan kemakmuran.
8 - Kawalan sempadan akan dinaiktaraf.
9 - Hub logistik untuk rantau ini. Kemudahan asas akan diwujudkan dan dipertingkatkan.
10 - Kompleks Imegresen akan dipertingkatkan
11 - Bersatulah dan Perpaduan sebagai pemangkin kemajuan negeri Perlis.
Zahid kemudian ke Masjid Negeri, Arau, dekat sini untuk menunaikan solat Isyak dan tarawih secara berjemaah.

0 comments:
Post a Comment