Menu
#




PUTRAJAYA: Sekitar 2,000 tetamu hadiri Program Penerapan Nilai Murni di Bulan Ramadan anjuran Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Sri Satria di sini.

Majlis diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Najib Razak. Ia turut disertai isteri Ahmad Zahid, Datin Seri Hamidah Khamis, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin HussienKetua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, Menteri-Menteri Persekutuan, Menteri-Menteri Besar, Ketua-Ketua Menteri dan tetamu jemputan.





Majlis itu turut dihadiri pengurusan tertinggi agensi media tempatan Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Azman Ujang dan Timbalan Ketua Pengarang (Perkhidmatan Berita Dalam Negeri) Bernama Datuk Mokhtar Hussain turut hadir termasuk Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Seri Amrin Awaluddin,Ketua Pegawai Eksekutif New Straits Times Press (Malaysia) Berhad, Datuk Abdul Jalil Hamid; Timbalan Pengarang Kumpulan BH, Datuk Badrulhisham Othman dan Pengarang Eksekutif Berita, Rencana dan Digital BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman. 

Sebelum berbuka puasa, tazkirah disampaikan oleh pakar motivasi Syamsul Amri Ismail yang lebih dikenali sebagai Ustaz Syamsul Debat. 


Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada kira-kira 100 anak yatim dari pelbagai agensi dan jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN). 







Najib dan Zahid bersama tetamu kemudian menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah.








Sumber Video : BH Online :Program Penerapan Nilai Murni di Bulan Ramadan anjuran Timbalan Perdana Menteri  






0 comments:

Post a Comment

 
Top