Kuantan: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menunaikan solat Isyak dan solat sunat tarawih di Masjid Al-Muttaqim, Tanah Putih Baru di sini malam ini.
Beliau tiba di masjid berkenaan kira-kira pukul 8.45 malam dan menunaikan solat bersama kira-kira 2,000 jemaah di situ yang diimamkan oleh Mohd. Syarizal Kadir.
Yang hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Alwi Ibrahim dan Ketua Polis negeri, Datuk Rosli Ab. Rahman.
Turut hadir Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsuddin dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuantan, Datuk Seri Abd. Hamid Nazahar.
Selepas selesai menunaikan solat sunat tarawih, Ahmad Zahid menikmati hidangan moreh serta beramah mesra dengan jemaah.
Beliau berada di negeri ini bagi menyempurnakan Program Penerapan Nilai-Nilai Murni Bersama Warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) peringkat negeri di Masjid Tengku Ampuan Afzan Indera Mahkota di sini.
Pahang menjadi destinasi kelima penganjuran program berkenaan selepas Terengganu, Negeri Sembilan, Selangor dan Kedah.

0 comments:
Post a Comment