Menu
#





BAGAN DATUK - Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa bersolat Isyak dan Tarawih bersama kira-kira 200 jemaah di Masjid Ubbudiah, Parit 18, Hutan Melintang di sini malam ini.

Selesai solat Tarawih yang diimamkan oleh Setiausaha Sulit kepada Timbalan Perdana Menteri Ustaz Mohd Sharizal Kadir, Zahid bersama-sama jemaah masjid menikmati hidangan moreh.

Terdahulu, Zahid menghadiri Tahlil dan Iftar Jamaie di Sekolah Menengah Agama Al-Ulum Syariah serta bersolat Maghrib berjemaah di Masjid Aziziah, Bagan Pasir di sini.

Zahid turut meluluskan permohonan peruntukan RM100,000 bagi membeli sebuah van untuk kegunaan para pelajar Sekolah Menengah Agama Al-Ulum Syariah serta turut beramah mesra dengan mereka.



0 comments:

Post a Comment

 
Top