Menu
#




YAB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir merasmikan Persidangan UMNO Bahagian Merbok, bertempat di Cinta Sayang Resort, Sungai Petani.

Yang turut hadir Menteri Besar, YAB Dato' Seri DiRaja Ahmad Bashah Md Hanipah selaku Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Ketua UMNO Bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus Mat Zain dan Ketua Pemuda UMNO Kedah, YBhg Dato Shaiful Hazizy Zainol Abidin.

Ahli dan pemimpin UMNO Kedah diingatkan supaya tidak hanyut dengan status terlalu 'selesa' selepas berjaya merampas kembali negeri itu daripada pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.


























"Alhamdulillah kita cukup selesa sebab kemenangan kita dengan majoriti besar iaitu kira-kira 15,000 undi dan tiba-tiba Allah uji ketika kita lupa diri dan merasa terlalu selesa.

"Maka kita mula bergaduh sesama sendiri dan masalah dalaman mula timbul... itulah budaya kita kalau tak berperang dengan orang luar, maka kita perang sama sendiri dan hasilnya (Parlimen) Merbok kita kalah dalam PRU-12... begitu juga DUN (Dewan Undangan Negeri) Tanjung Dawai dan Bukit Selambau," kata Zahid.








Perkara itu dimaklumkan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dengan harapan rasa perit yang dilalui UMNO Kedah sepenggal akibat kehilangan tampuk pentadbiran pada PRU-12 tidak berulang.

Mengambil contoh Parlimen Merbok, katanya dalam PRU-11, Barisan Nasional (BN) dapat 44,981 undi berbanding 57,000 pengundi atau 77 peratus.

Sementara itu, Zahid berkata satu tinjauan dilakukan Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengesahkan BN di bawah pentadbiran Ahmad Bashah, masih diperlukan untuk mentadbir Kedah demi memastikan aspek kebajikan rakyat dan pembangunan negeri terjamin.

"Kajian itu memperlihatkan bahawa kira-kira 86 peratus rakyat Kedah masih memerlukan BN untuk memberikan kebajikan kepada rakyat dan 76 peratus masih memerlukan BN untuk pembangunan setempat.

"Kita sudah ada analisis dan kini terserah kepada UMNO dan BN untuk memenuhinya atau tidak... jangan layan masalah di luar kerana pembangkang tetap pembangkang, terutama yang asalnya daripada kita.

"Kita hormat, tetapi dia pun kenalah juga sayang dekat kita... kalau asyik dok kutuk kita dan PM (Perdana Menteri) siapa nak sabar... dia tibai kita 10 kali, kita tibai dia sekali sudahlah," katanya.

Untuk berdepan PRU-14, Zahid berkata semua mesti istiqamah dan konsisten dan tidak berebut-rebut melobi untuk jadi calon.

Beliau turut menggariskan beberapa kriteria untuk memikul jawatan dalam parti, antaranya mesti sentiasa turun padang dan bukan hanya bermusim ketika pilihan raya atau pemilihan, perlu sehaluan dengan pimpinan, berstatus 'winnable' (boleh menang) dan 'likeable' (disukai) serta mesti keluar dari zon selesa.




0 comments:

Post a Comment

 
Top