KUALA LUMPUR: Sempena Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengambil bahagian dalam Larian Obor KL2017 dari Persiaran KLCC ke Menara NAZA, di sini, pagi ini.
Turut serta dalam larian itu Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Seramai 250 pelari menyertai acara itu yang bermula jam 9 pagi, dengan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Naza, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin menerima obor daripada pemenang tiga pingat emas acara silat Sukan SEA dan juara dunia dua kali, Mohd Al Jufferi Jamari.
Kumpulan NAZA adalah antara penaja utama KL2017.
Larian Obor diadakan sempena KL2017 dan Sukan Para Asean Ke-9, yang menjelajah seluruh negara mulai 14 Mei hingga 12 Ogos ini dan berakhir di ibu negara. Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 berlangsung pada 19 hingga 30 Ogos ini.
0 comments:
Post a Comment