Kekalkan Disiplin Tinggi Untuk Tingkatkan Kualiti Hidup - Zahid
PUTRAJAYA - Ketika kerajaan tidak putus-putus berusaha untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat, rakyat juga perlu melaksanakan peranan mereka termasuk mengekalkan tahap disiplin yang tinggi, YAB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan perdana menteri berkata tiada kerajaan yang boleh melakukan segala-galanya secara bersendirian tanpa sumbangan rakyat untuk melengkapkan usaha itu.
"Menjaga kebersihan di kawasan kejiranan kita, tidak memotong barisan di persimpangan lampu isyarat, tidak makan berlebihan dan bersenam secara kerap, mungkin kelihatan remeh, tetapi ini adalah antara perkara yang rakyat biasa boleh lakukan untuk melengkapkan usaha kerajaan," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian Anugerah Pembangunan Sumber Manusia Asia (HRD) 2017, di sini malam ini.
Beliau berkata kerajaan membina rumah baharu dan membuka kawasan perbandaran baharu dilengkapi prasarana serta keperluan yang lebih baik, dan usaha ini tidak terhenti setakat itu sahaja.
Katanya kerajaan membina lebih banyak sekolah dengan persekitaran lebih kondusif agar generasi masa depan negara ini mendapat pendidikan yang setara dengan di negara maju.....
0 comments:
Post a Comment