Menu
#




Setiausaha Negara Amerika Syarikat Rex Tillerson tiba di Malaysia bagi mengadakan perbincangan dengan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selain Najib, Tillerson juga dijadualkan bertemu YAB Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Rabu.

Beliau merupakan pegawai kanan pertama pentadbiran Presiden Amerika Donald Trump untuk melawat negara Asia Tenggara yang mempunyai 2 juta rakyat yang berbilang kaum dan agama.

Pesawat yang membawa Tillerson mendarat di Pangkalan Tentera Udara di Subang , berdekatan ibu negara Malaysia pada kira-kira 6.50 petang.

Ketibaan beliau di pangkalan tentera udara itu disambut Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Sebelum ke Malaysia, pegawai kanan Amerika itu telah melawat Manila dan Bangkok.

Kedutaan Amerika Syarikat dalam satu kenyataan mengenai lawatan ini berkata perbincangan di Kuala Lumpur akan memberi tumpuan kepada usaha memperkukuhkan kerjasama dalam pelbagai isu dalam hubungan dua hala Amerika Syarikat yang terjalin sejak 60 tahun lalu.



0 comments:

Post a Comment

 
Top