Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mendedahkan seorang bekas pemimpin UMNO yang sebenarnya adalah dalang disebalik usaha untuk menyingkirkan Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib Tun Razak.
Katanya beliau mempunyai cukup bukti dalam bentuk rakaman bahawa bekas pemimpin itulah yang mencadangkan agar Najib dijatuhkan sebagai perdana menteri melalui undi tidak percaya di Parlimen pada masa itu.
"Perbualan ketika perjumpaan dengan bekas pemimpin itu ada dirakam dan rakaman itu juga masih ada pada saya.
"Ketika itu, saya baru 10 hari dilantik menjadi timbalan perdana menteri, jadi macam mana secara logiknya saya mahu jatuhkan (Najib) kalau baru 10 hari pegang jawatan itu," katanya semasa berucap pada Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Jerlun di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, di sini, hari ini.
Baru-baru ini bekas Perdana Menteri dan Presiden UMNO Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Zahid telah bertemu dengannya dan meminta sokongan daripadanya untuk menggantikan Najib sebagai Perdana Menteri. Sebaliknya Mahathir gagal membuktikan dakwaan beliau itu benar dan beliau tiada bukti yang sahih dan hanya melemparkan dakwaan dari sudut ciptaan beliau sendiri.
Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden UMNO itu berkata, sebagai seorang yang pernah dimasukkan ke dalam penjara di bawah ISA pada 1998 oleh bekas Perdana Menteri itu, beliau terpaksa bertindak demikian untuk memastikan tidak kembali terjerat dalam permainan politiknya.
"Pemimpin itu mengatakan bahawa beliau akan bekerjasama dengan pemimpin UMNO untuk buat undi tidak percaya ke atas Perdana Menteri dan keduanya, jika tidak berjaya beliau akan buat memorandum kepada Raja-raja Melayu untuk mohon Yang di-Pertuan Agong pecat Najib.
"Tetapi dua tahun kemudian beliau kata saya yang cuba jatuhkan Perdana Menteri".
"Jerat tidak pernah lupakan pelanduk. Yang bohong adalah orang itu. Apa logiknya saya nak jatuhkan Perdana Menteri selepas 10 hari dilantik timbalannya," katanya.
Beliau berucap demikian ketika merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Jerlun di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu di sini hari ini.
Hadir sama, Pemangku Ketua UMNO Bahagian, Datuk Abu Hasan Sarif; Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Othman Aziz merangkap Timbalan Menteri Kewangan dan Ketua Wanita UMNO Bahagian, Datuk Maznah Hamid.
Pada majlis sama, Zahid turut mengumumkan peruntukan RM1 juta bagi naik taraf Masjid Nur Salam di sini.
Berucap lanjut Ahmad Zahid berkata, semua ahli UMNO perlu istiqamah dan wala' kepada pemimpinnya
"Mungkin dia (bekas pemimpin itu) mudah lupa... tetapi saya takkan mudah lupa... dia pelanduk dan saya jerat... jerat tak akan lupa pelanduk," tegas Zahid.
Timbalan Perdana Menteri bagaimanapun berkata beliau tidak berniat untuk membalas dendam atas tuduhan dibuat itu, namun mengakui tidak datang dengan tangan kosong dalam isu tuduhan dibuat terhadapnya itu.
"Di padang mahsyar nanti pun saya akan katakan orang itu berbohong kerana beliau menyatakan bahawa saya yang akan jatuhkan Perdana Menteri dan bukannya dia... walhal dia yang rancang jatuhkan (Perdana Menteri)," jelas Zahid.
"Di padang mahsyar nanti pun saya akan katakan orang itu berbohong kerana beliau menyatakan bahawa saya yang akan jatuhkan Perdana Menteri dan bukannya dia... walhal dia yang rancang jatuhkan (Perdana Menteri)," jelas Zahid.
0 comments:
Post a Comment