Kota Kinabalu : Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penghargaan dan penghormatan kepada guru bukan hanya melalui ucapan atau kata-kata mutiara pada setiap 16 Mei, sebaliknya turut diterjemahkan melalui ganjaran yang lebih baik.
Sehubungan dengan itu, beliau meminta Kementerian Pendidikan mengkaji skim perkhidmatan perguruan di semua peringkat supaya ia dipertingkatkan sebagai penghargaan kepada jasa dan sumbangan warga pendidik.
"Sambutan Hari Guru tentunya bukan sekadar bernostalgia, tetapi apa yang lebih penting kita harus ambil peduli kepada skim perkhidmatan guru semua peringkat.
"Jika ekonomi kembali pulih, kita berdoa skim perkhidmatan guru akan lebih baik daripada yang ada sekarang," katanya ketika merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini, sebentar tadi.
Ahmad Zahid juga meminta supaya bidang tugas guru turut diberikan perhatian supaya mereka tidak dibebankan dengan tugasan tidak sepatutnya.
"Pada masa sama, pembentukan masyarakat berpendidikan bukan hanya kecemerlangan akademik, malah disertai dengan sahsiah diri dan keperibadian mulia," katanya
Kira-kira 6,000 guru dari seluruh negara hadir pada majlis kemuncak yang julung kali dianjurkan di Sabah dengan pelbagai program termasuk Festival Hari Guru diadakan sejak 13 Mei lalu.
Turut hadir, isterinya, Datin Seri Hamidah Khamis; Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

0 comments:
Post a Comment