Menu
#



KUALA PILAH, Projek menaik taraf kuarters anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedia ada bagi menyediakan kediaman yang lebih selesa dan kondusif, sedang dijalankan secara berperingkat di seluruh negara.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim berkata untuk peringkat awal, projek menaik taraf sedang dijalankan bagi kuarters kediaman Pasukan Gerakan Am (PGA) di Briged Utara dan Briged Tengah.

"Sekarang ini kita mahu baiki rumah sedia ada kerana dahulu rumah anggota hanya ada dua bilik tetapi sekarang kita mahu naik taraf sekurang-kurangnya sebuah rumah ada tiga bilik bagi anggota pangkat rendah.

"Caranya dengan kita gabungkan dua buah rumah menjadi satu dan mereka (anggota) akan dapat empat bilik untuk sebuah rumah...di PGA sudah banyak yang kita buat begini," katanya selepas merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah di sini hari ini.

Muhammad Fuad berkata selain itu, pihaknya juga dalam perancangan untuk membina lebih banyak kuarters kediaman pegawai dan anggota khususnya di kawasan bandar besar seperti di Kuala Lumpur.

"Memandangkan kos sara hidup yang tinggi terutamanya di kawasan bandar, mereka mahu beli rumah pun tidak mampu dengan harga RM300,000 ke atas dan kalau mahu sewa juga mahal, kerana itu kita juga cuba untuk membina lebih banyak kuarters kediaman pegawai dan anggota tetapi turut mengambil kira keadaan ekonomi sekarang.

"Isu perumahan memang isu yang sentiasa kita bincangkan terutamanya dalam jabatan saya yang ada PGA yang mana PGA di Sibu, Sarawak perumahannya agak teruk kerana itu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri telah memberikan RM20 juta peruntukan untuk perumahan di sana (Sibu)," katanya.

Ahmad Zahid baru-baru ini mengumumkan sebanyak RM20 juta diluluskan bagi membina 60 unit kediaman kuarters Pasukan Gerakan Am (PGA), Batalion Ke-10 Kem Lanang, Sibu




0 comments:

Post a Comment

 
Top