SERDANG- Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan peruntukan RM10 Juta kepada Majlis Belia Malaysia (MBM) untuk tempoh 2 tahun ini.
Peruntukan berkenaan diberikan untuk program pembangunan belia di akar umbi melalui MBM yang akan disalurkan kepada Majlis Belia Negeri.
Berucap dihadapan lima ribu belia di Dewan Besar Universiti Putra Malaysia(UPM) sempena Hari Belia Negara, Zahid turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM500 Juta untuk Tabung Usahawan Belia yang akan diletakkan dibawah Kementerian Belia dan Sukan.
Sementara itu, Zahid turut memuji Menteri Belia dan Sukan,Khairy Jamaluddin serta Presiden MBM Mua’amar Gadafi Jamal dalam usaha menggerakan belia termasuklah di peringkat akar umbi melalui program yang benar-benar mengikut kehendak belia masa kini.
Beliau turut mengumumkan Hari Belia Negara 2017 akan kembali di Putrajaya dengan lebih banyak program akan disusun Pengumuman berkenaan turut mendapat perhatian dari belia yang hadir dengan memberikan tepukan yang gemuruh tanda sokongan penuh.
Dalam pada itu, Presiden MBM , Mua’amar Gadafi melahirkan rasa Syukur kerana MBM sebagai badan induk belia terus mendapat kepercayaan dalam pembangunan belia di negara ini.
”Berkenaan peruntukan RM10 Juta untuk 2 tahun ini, MBM akan memikirkan kaedah terbaik bagi memastikan semua peringkat belia di negara ini mendapat manfaat dari peruntukan yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri. Kita akan pastikan peruntukan berkenaan tepat ke golongan sasar seperti golongan belia kreatif dan berkemahiran dan juga akan disalurkan kepada pertubuhan belia untuk menguruskan organisasi mereka,” Muammar Gadafi Jamal.
Turut hadir pada Majlis Pelancaran Hari Belia Negara 2016 ialah Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera Malaysia(ATM) dan Duta Besar Malaysia Ke Cambodia Datuk Seri Hassan Malek yang juga mantan Presiden MBM.

0 comments:
Post a Comment