Menu
#



Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan kunjungan di sini hari ini bagi melihat persiapan jentera menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

Beliau yang tiba di Sekin Hotel & Resort disambut Pengerusi BN Parlimen Sungai Besar, Dato Jamal Md Yunos bersama barisan ahli jawatankuasa BN peringkat bahagian.

Turut sama hadir Naib Pengerusi UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa, Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan dan Datuk Seri Azeez Rahim, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan barisan kepimpinan BN Negeri.

Ahmad Zahid dijadual menghadiri Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor dan akan mengadakan perjumpaan bersama barisan jentera PRK Sungai Besar.

Naib Presiden UMNO itu juga akan mengadakan kunjungan di beberapa kawasan jentera BN pada sebelah malam.




0 comments:

Post a Comment

 
Top