MIRI: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama masyarakat Islam di Miri mengerjakan solat hajat di Masjid At Taqwa di sini semalam agar operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter di Sungai Batang Lupar dipermudahkan.
Solat dua rakaat itu diketuai Imam Bahagian Ustaz Sarafuddin Suaut selepas mengerjakan solat Jumaat.
Ketibaan beliau disambut pengerusi masjid, Hazmah Dadu bersama Ahli Lembaga Pemegang Amanah Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Miri (LAKMM).
Lebih 3000 jemaah diperdengar dengan mimbar khutbah bertajuk ‘Tanggungjawab Rakyat’ disampaikan oleh Ustaz Mohammad Jol Ahmad.
Sementara itu di Sibu, Masjid An-Nur semalam turut mengadakan solat hajat bagi mendoakan keselamatan baki penumpang helikopter dilaporkan hilang petang kelmarin.
Solat hajat sejurus selepas selesai solat Jumaat diketuai Imam 2 Masjid An-Nur Sibu, Yahuda Sanawani.
Temenggung Datuk Wan Hamid Edruce ditemui selepas menunaikan solat hajat itu sempat meluahkan simpati kepada ahli-ahli keluarga mangsa.
“Kita juga bersedih dengan kemalangan ini dan berharap ahli-ahli keluarga mangsa bersabar dan tabah,” katanya.
Helikopter malang itu berlepas dari Betong kira-kira 250 kilometer dari sini jam 4.12 petang dan sepatutnya tiba di Kuching sekitar 5 petang.
Mereka yang berada dalam helikopter itu ialah Timbalan Menteri Perusahan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon, suaminya Asmuni Abdullah, Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Muhammad Khairil Anuar Wan Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perusahan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Sundaran Annamalai, pengawal peribadi Ahmad Sobri Harun dan juruterbang warga Filipina, Rudolf Rex Ragas.

0 comments:
Post a Comment