BETONG – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa Barisan Nasional (BN) tidak pernah menjadi parti politik bermusim dalam usaha membawa kemajuan kepada seluruh penduduk Sarawak.
Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri menjelaskan bahawa kerjasama erat antara kerajaan pusat dan negeri sentiasa memberi keutamaan dalam hal itu.
"Bukan riak, bukan takabur. Kita berusaha dan berdoa. Sesuatu rezeki itu datang dengan halal, dengan kebaikan datang daripada Allah kepada kita.
"Sebab kita melihat ada yang meminta, ada yang mengusahakan dan ada yang menerima. Wakil rakyat meminta untuk membantu rakyat.
"Lepas pilihan raya, kita turun lagi untuk bertemu RELA sebagai benteng kedua pertahanan negara, bukan masa pilihan raya sahaja. Saya nak pastikan tiap-tiap bulan bertemu dan bantu RELA," katanya ketika berucap pada Program Pemimpin Bersama RELA di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan di sini, hari ini.

0 comments:
Post a Comment