Menu
#



Tiada akan ada sebarang hasilnya daripada sejuta tandatangan yang dikumpulkan oleh gerakan 'Selamatkan Malaysia' untuk Deklarasi Rakyat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam mana-mana undang-undang, katanya, tidak ada perkara seperti dengan satu juta tandatangan, sebarang tindakan undang-undang atau tanggungjawab moral perlu dilakukan.

Zahid menyatakan demikian dalam satu sidang media selepas menghadiri hari keluarga Kementerian Dalam Negeri yang diadakan di Cheras hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata kumpulan itu boleh mengemukakan tandatangan tersebut kepada sesiapa yang mereka suka, kerana ia adalah usaha mereka.

Semalam, kumpulan Selamatkan Malaysia mengumumkan mereka telah berjaya mengumpul 1.27 juta tandatangan menyokong Deklarasi Rakyat dan akan menyerahkannya kepada Yang Di-Pertuan Agong secepat mungkin.

Deklarasi itu mndesak peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan juga untuk pembaharuan institusi.


Menjadi persoalan rakyat Malaysia, kenapa angka yang didakwa menandatangan tersebut berbeza? Ada yang mengaku hanya 500 ribu sahaja, ada yang kata 1juta dan akhirnya angka yang tertera di atas pula di war warkan?

Melucukan, ada sumber mengatakan nama nama yang tertera juga bukannya nama sebenar?




0 comments:

Post a Comment

 
Top