Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menerima kunjungan hormat 16 anggota Majlis Pemusyawaratan Rakyat Indonesia (MPR) di bangunan Parlimen, di sini.
Delegasi Indonesia itu diketuai Ketua MPR Dr Zulkifli Hasan, antara lain bertujuan mengeratkan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.
Turut hadir pada pertemuan selama 45 minit itu ialah Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.
Zahrain ketika ditemui pemberita selepas itu berkata pertemuan berkenaan turut membincangkan kejayaan Malaysia dalam membangunkan agenda Bumiputera.
“Satu topik yang hangat dibincangkan ialah isu Bumiputera, bagaimana kita membangunkan negara ini atas asas Bumiputera,” katanya.
Anggota MPR berkenaan sedang dalam rangka lawatan suai kenal di Malaysia selama tiga hari bermula semalam, yang dianjurkan Kementerian Luar Malaysia.
Indonesia ialah rakan dagang Malaysia yang ketujuh terbesar dan ketiga terbesar dalam kalangan negara ASEAN. Jumlah perdagangan dua hala antara kedua-dua negara tahun lepas mencecah RM60.16 bilion. – BERNAMA

0 comments:
Post a Comment