Pemangku Timbalan Presiden UMNO Dato’ Seri Dr. Zahid Hamidi tidak mahu pemimpin UMNO Terengganu mengamalkan politik sate dalam persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak.
Menurutnya, UMNO negeri ini perlu melupakan persengketaan sesama sendiri sebaliknya harus sentiasa merapatkan persaudaraan antara pemimpin atasan dengan pemimpin bawahan.
Fokus utama UMNO dan Barisan Nasional adalah merangka strategi untuk merampas kerusi yang dimenangi pembangkang selain menambah majoriti dalam kerusi yang telah dimenangi dalam pilihan raya lalu.
‘Yang di bawah (pemimpin cawangan) bila kawan-kawan saya (Pemimpin Terengganu) ada dia atas jangan ada tukang kipas dan tukang bakar’.
‘Bila ada tukang kipas tukang kipas maka politik sate berlaku’.
‘Saya tidak mahu lagi ada politik sate di Terengganu cukuplah yang telah berlalu berlalu lah’.
‘Harus ada kombinasi yang di bawah sokong yang atas dan yang di atas ambil kepedulian kepada yang di bawah secara keseluruhannya’.
‘Barulah wujud kesalingan (muafakat) yang terbaik’ katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan selepas merasmikan Majlis Mesyuarat Agung Berkelompok UMNO Cawangan Negeri Terengganu dan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Peringkat Negeri Terengganu di Stadium Negeri petang tadi.
Hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu Dato’ Jailaini Johari dan kepimpinan UMNO Negeri Terengganu serta lebih 6000 pemimpin UMNO cawangan seluruh negeri Terengganu.

Tegasnya, pemimpin- pemimpin di peringkat bahagian perlu sentiasa mengambil cakna dan bekerjasama dengan pemimpin akar umbi dalam mewujudkan satu pasukan yang mantap di setiap bahagian, PDM dan cawangan.
Beliau tidak mahu di saat akhir mahu menghadapi PRU14, pemimpin atau calon baru hendak bertemu dan bertanya khabar pemimpin bawahan.
‘Saya menyeru diri saya dan rakan-rakan saya turun ke bawah tengok anak-anak buah di cawangan dan PDM’.
‘Jangan selepas bubar Dewan Undangan Negeri dan bila dicalonkan baru kita nak terhegeh-hegeh bertanya khabar dengan orang bawah’ katanya lagi. – Terengganu Times

TerengganuTimes
0 comments:
Post a Comment