Menu
#



Tindakan segelintir kaum Cina menghina kematian menantu Timbalan Perdana Menteri dikecam banyak pihak khususnya badan bukan kerajaan yang mementingkan keharmonian rakyat antara pelbagai kaum.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao memandang serius perkara ini kerana ia sudah dilihat melampau ekoran betapa mudahnya media sosial digunakan sehingga sanggup menjadi alat mengutuk dan menghina kematian seseorang.

Semalam, menantu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di sebuah klinik pergigian di Bangsar.

Menurut ceritanya, Syed Alman Zain, hadir ke klinik berkenaan pada pukul 6 petang untuk mendapatkan rawatan gigi bersama seorang rakannya sebelum dilaporkan tidak sedarkan diri. Dia kemudian dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan disahkan sudah meninggal dunia.

Dalam hal ini, Ramesh mencabar parti yang dikatakan mewakili kaum Cina di negara ini untuk mengambil langkah tegas menangani masalah ini dan menghalangnya daripada berulang.

"Saya cabar pemimpin Cina DAP, Gerakan, dan MCA untuk tegur sikap kurang ajar banga Cina terhadap kematian menantu TPM," katanya.

Kenyataan Ramesh dibuat berdasarkan artikel di blog Malaysia Today kelolaan Raja Petra Kamarudin (RPK) yang bertajuk "Bangsa Cina Meraikan Kematian Menantu TPM" yang menjadi viral hari ini serta mencetuskan kemarahan orang ramai khususnya orang Melayu.

Artikel berkenaan ditulis RPK berdasarkan komen pembaca di laman portal pro-pembangkang Malaysiakini yang menggunakan ayat-ayat menghina dan mengutuk kematiah Syed Alman termasuk mengutuk Ahmad Zahid sendiri.

"Sebagai rakyat Malaysia, menghina kematian yang berlaku di pihak kaum lain adalah tidak boleh diterima kerana sudah melebihi batas isu perkauman, ini melibatkan nyawa dan kehilangan orang tersayang.

"Oleh itu, saya mahu cabar parti-parti yang mewakili kaum Cina ini untuk lakukan sesuatu sebelum perbuatan seperti ini semakin melarat," kata Ramesh.




0 comments:

Post a Comment

 
Top