Tiada siapa menyangka hasrat seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang beria-ia mahu menyambut dan membukakan pintu kenderaan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi adalah petanda dia akan pergi selamanya.
Zainul Fuad Zahar yang merupakan Timbalan Ketua Platun Rela (Chandan) maut di tempat kejadian selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kenderaan dari arah bertentangan di Jalan Manong-Kuala Kangsar berdekatan Kampung Ketior semalam.
Kejadian kira-kira pukul 5.45 petang itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang dari menghadiri program Rela bersama pemimpin yang disempurnakan oleh Ahmad Zahid.
Pegawai Rela Daerah Kuala Kangsar, Jasni Mad Isa memberitahu, Zainul Fuad sangat teruja untuk membuka pintu kenderaan Timbalan Perdana Menteri yang hadir pada program berkenaan sehingga sanggup membeli sarung tangan baharu untuk tujuan tersebut.
“Saya sempat berjumpa dengan Allahyarham sebelum bergerak pulang ke bilik gerakan selepas majlis selesai.
Bagaimanapun, sebaik sahaja sampai di bilik gerakan, saya dimaklumkan mengenai kejadian kemalangan ini,” katanya.
Terkesan dengan kejadian itu, Ahmad Zahid meluangkan masa menziarahi jenazah Allahyarham di bilik mayat Hospital Kuala Kangsar sejurus selesai menghadiri program di Kampung Bendang Panjang dekat sini malam tadi.
Ahmad Zahid tiba di bilik mayat Hospital Kuala Kangsar kira-kira pukul 11.30 malam. Beliau ketika ditemui menyifatkan Allahyarham sebagai anggota Rela yang aktif.
Dalam pada itu, abang mangsa, Zamry, 58, menyifatkan adik bongsunya itu sebagai seorang yang komited dalam menjalankan tugas terutama sebagai seorang anggota Rela.
Katanya, Allahyarham mula berkhidmat bersama Rela sejak 10 tahun lalu iaitu pada 2006. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Baru dekat sini pagi ini.

0 comments:
Post a Comment